KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dengan Perodua Myvi berhampiran Lembaga Getah Malaysia, Jalan Kota Tinggi – Mawai di sini petang tadi
Mangsa. Elbina Scavia A/P Mazian, 3, yang menaiki kenderaan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah.
Manakala, dua lagi mangsa iaitu bapanya Mazian Majid, 23 dan isteri Suzenatsha A/P Aris yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera akibat kemalangan itu.
Difahamkan kereta yang dinaiki keluarga Orang Asli itu dalam perjalanan dari Mersing ke Kota Tinggi manakala Toyota Hilux dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Mohd. Salleh Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 4.47 petang dan seramai lapan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Mohd Salleh berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi menaiki ambulans, manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE