fbpx

Wanita tempatan dikehendaki JIM bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puay Yee dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). - Foto IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai memberi maklumat mengenai seorang wanita tempatan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

JIM menerusi kenyataan akhbar berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Yong Puay Yee, 42, beralamat terakhir di BTD-24 Grandeur Tower, Jalan 1/16 Pandan Indah, Selangor.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan digesa menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Wan Mazlyna Che Mat, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

“Wan Mazlyna boleh dihubungi di talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI