fbpx

Pemilik Roti Canai Janda kini tunangan lelaki 29 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norasiah (kanan) bakal melangsungkan perkahwinan dengan duda anak sorang dikenali Adam Affendi pada Oktober depan.

ALOR SETAR – Cinta tidak mengenal usia. Itu diibaratkan hubungan yang terjalin antara pemilik kedai Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang di Pokok Sena dengan pemuda berusia 29 tahun.

Setelah 15 tahun menjanda, pemilik kedai itu, Norasiah Abdul Rahman, 48, akan mengahwini buah hatinya berusia 29 tahun pada Oktober depan.

Menurut Norasiah, perkahwinan dengan duda anak seorang yang dikenali menerusi aplikasi TikTok itu juga direstui anaknya termasuk yang sulung, Nurul Nadia Ismail, 28.

“Itulah dinamakan jodoh. Dulu memang cakap tak bersedia walaupun ramai yang datang. Tetapi, semua berubah setelah dilamar dan bertunang selepas Hari Raya Haji lepas,” katanya.

Cerita Norasiah, dia menerima jodoh dengan lelaki yang jarak usia 19 tahun dikenali Adam Affendi ke­rana terpikat dengan kejujurannya yang bersungguh-sungguh untuk berkahwin dan bukan sekadar main-main.

“Kami kenal pun beberapa bulan sahaja dan selepas itu dia terus ajak saya kahwin,” kata ibu tunggal anak tiga itu.

Ketika ditanya adakah mereka akan menukar nama kedai makan kerana status janda itu, Norasiah memberitahu, katanya, perkara itu masih dalam perbincangan mereka.

“Mungkin tukar jadi kedai Roti Canai Kahwin atau kekal sahaja sebab anak saya (Nurul Nadia) masih janda,” ujarnya.

Katanya, sejak tular kisahnya, restoran tersebut menjadi tum­puan termasuk dari luar Kedah.

“Saya pernah mendapat panggilan dari Kelantan dan Sarawak minta kami poskan roti canai ke tempat mereka.

“Walaupun sudah berkahwin, saya berharap untuk terus berniaga di sini. Apa pun saya dan bakal suami akan bincangkan dengan teliti kerana dia bekerja di Kulim,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI