fbpx

PJM hampir cecah nilai jualan RM50 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Program Jualan Malaysia (PJM) 2020 yang sedang berlangsung sejak Julai lalu hingga Disember depan semakin hampir mencecah nilai jualan RM50 bilion.

Timbalan Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri Dan Hal Eh­wal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, berdasarkan sambutan diterima, pihaknya yakin program itu dapat mencapai sasaran awal sebanyak RM100 bilion.

“Melihat kepada sambutan baik yang diterima dari ne­geri-negeri, kami yakin program ini mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pe­rasmian Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Hero Market di sini semalam.

 

Menurut beliau, meskipun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19 masyarakat suka memilih membeli-belah secara online atau berkunjung ke pusat beli-belah dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bagi menjayakan PJM dan KBBM, kira-kira 170,000 premis perniagaan terlibat.

PJM 2020 berlangsung seren­tak dengan kempen tersebut menyasarkan nilai jualan RM100 bilion, manakala nilai jualan bagi KBBM disasarkan RM513 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI