fbpx

Pengarah yang suruh, saya hanya cari makan – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAWAB Baby Shima, bergelek adalah sebahagian tugasnya sebagai penyanyi dangdut profesional.

PETALING JAYA – “Pengarah yang suruh, saya ikut saja. Itu kehendak mereka. Saya pun hanya cari makan.”

Demikian respons ringkas penyanyi dangdut sensasi Baby Shima berhubung kecaman netizen yang menyifatkan gelekan pinggulnya begitu keterlaluan bersama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menerusi video muzik (MV) lagu duet terbaharu, Baby Sayang.

Menurut Shima, dia bukan sengaja dan suka-suka berbuat demikian (bergelek) kerana itu merupakan sebahagian tugasnya sebagai penyanyi dangdut profesional.

“Saya bukan sengaja nak buat begitu apatah lagi dikatakan ‘daring’ (menggoda). Apa yang saya gayakan dalam MV tersebut semuanya mengikut kehendak pengarah.

“Rasanya netizen pun tahu tak ada beza pun MV terbaharu ini dengan yang pernah saya hasilkan sebelumnya.

“Saya tetap saya. Baby Shima tetap Baby Shima yang sama. Langsung tiada apa pun yang berubah,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menolak dakwaan apa yang dilakukan selama ini kerana hanya ingin terus relavan meskipun bertubi-tubi kecaman diterima, Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli, 30, menafikan perkara tersebut.

“Saya masuk dalam bidang ini sebab mahu berkarya. Jika karya itu menjadikan saya kekal relevan, maka itu adalah bonus buat saya.

“Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitikberatkan lagu yang mahu dinyanyikan.

“Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Soal pakaian dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan semua penyanyi dangdut dan bukan hanya saya,” ujarnya.

Terdahulu, aksi Aliff dan Shima menjadi modal kemarahan netizen yang rata-rata kesal dengan tarian goyang pinggul dalam sedutan MV lagu ciptaan Amy UK’s tersebut.

Pemakaian Shima yang hanya mengenakan seluar pendek hitam bersama sarung kaki turut mendapat kritikan apabila disifatkan terlalu mencolok mata dan sengaja mengundang kecaman.

Malah dua pendakwah bebas turut menegur tindakan usahawan terbabit yang disifatkan keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi murahan.

Selepas dihujani pelbagai kecaman, Aliff menutup ruang komen dalam klip MV tersebut, namun tetap dikecam netizen dalam hantarannya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI