fbpx

Isu wanita pakai ihram lelaki: Dia tak guna khidmat agensi pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Tasty Theory Kafe, di Meru hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang wanita tempatan yang menunaikan umrah dengan memakai ihram lelaki sebagaimana dilaporkan media baru-baru ini tidak melalui syarikat agensi pelancongan untuk melakukan ibadah tersebut di Mekah.

Presiden Persatuan Pengendali Umrah Haji dan Ziarah Perak (PUHAZ), Mohd. Ali Sabri berkata, hasil daripada maklumat awal, wanita terbabit tidak melalui syarikat agensi pelancongan.

“Di Saudi sekarang dah bebas, jadi dia pergi bersama kawan-kawan atas tiket ziarah. Apabila ada peluang masuk ke Mekah, mereka masuk ke Tanah Suci itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, daripada segi perundangan, ziarah dengan tidak menggunakan khidmat pelancongan tidak salah tetapi risikonya adalah ketika mengerjakan ibadah umrah atau haji tanpa panduan yang betul.

“Umrah mesti dengan syarikat agensi pelancongan supaya ada mutawwif yang memberi garis panduan apa yang boleh dilakukan ataupun sebaliknya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI