fbpx

Stoffel Vandoorne kuasai saingan Formula E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VANDOORNE muncul juara dunia Formula E musim ini selepas mengatasi pencabar utamanya, Evans. – AGENSI

SEOUL – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Stoffel Vandoorne mengakui seperti berada di puncak karier selepas mengesahkan kejuaraan dunia kategori pemandu saingan Formula E selepas berakhirnya kempen musim ini di Stadium Olimpik, Korea Selatan.

Pada perlumbaan tersebut, Vandoorne yang mewakili pasukan Mercedes berjaya menamatkan saingan di kedudukan kedua sekali gus meraih kelebihan 33 mata berbanding pencabar terdekat yang mewakili Jaguar, Mitch Evans.

Kata Vandoorne, kejayaan bergelar juara dunia sesuatu yang luar biasa terutama apabila ramai yang mengkritik karier F1 yang dilaluinya sebelum ini tidak seperti yang dijangkakan.

“Saya tidak sangka apabila dapat bergelar juara dunia dan ini adalah perasaan yang cukup istimewa. Jika dilihat secara ke­seluruhan musim, kami memang layak bergelar juara berdasarkan prestasi konsisten yang dipamerkan pada setiap perlumbaan.

“Pujian juga wajar diberikan kepada jurutera dan pegawai pasukan yang memastikan jentera kami bersedia sepenuhnya sebelum mengharungi perlumbaan akhir ini,” kata Vandoorne yang pernah mewakili pasukan McLaren pada saingan F1 pada musim 2016.

Sementara itu, pelumba kelahiran Belgium itu turut enggan melayan kritikan apabila ada yang mengatakan dirinya tidak layak untuk bergelar juara pada saingan musim ini kerana hanya bergelar juara satu kali di Monaco E-Prix.

“Saya tidak kisah dengan kritikan kerana segalanya sudah terbukti yang mana saya layak bergelar juara memandangkan lebih konsisten berbanding pencabar lain.

“Namun, saya memuji cabaran yang cuba diberikan oleh Evans kerana dia berjuang sehingga ke perlumbaan terakhir untuk merapatkan jurang mata,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI