fbpx

Bundesliga: Sadio Mane terus buat Bayern Munich gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kanan) terus membuktikan bahawa pelaburan Bayern berbaloi apabila membantu pasukan itu mencatat kemenangan ke atas Wolfsburg. – AFP

MUNICH – Biarpun baru dua perlawanan, tetapi Sadio Mane telah membuktikan Bayern Munich membuat pelaburan tepat mendapatkan khidmatnya.

Penyerang lincah berusia 30 tahun itu terus memperlihatkan kehebatannya apabila kali ini membantu The Bavarians mencatat kemenangan kedua Bundesliga selepas menewaskan VfL Wolfsburg 2-0 kelmarin.

Meskipun tidak meledak gol, tetapi setiap gerakan yang dilancarkan oleh Mane berjaya me­ngucar-kacirkan benteng pertahanan Wolfsburg sepanjang aksi di Allianz Arena itu.

“Anda lihat Sadio Mane, seorang pemain yang berkualiti tinggi. Dia bekerja keras dan sentiasa mahukan bola berada di kakinya untuk memulakan serangan ke kubu lawan.

“Kami sangat gembira dia berada di sini. Saya amat teruja ke­rana akhirnya dia menjadi rakan sepasukan. Anda hanya perlu duduk dan lihat apa yang akan dilakukannya selepas ini,” kata bek kiri Bayern, Alphonso Davies.

Dalam aksi itu, Bayern berjaya meraih tiga mata menerusi dua jaringan daripada Jamal Musiala dan Thomas Muller masing-ma­sing pada minit ke-33 serta 43.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut buat skuad bim­bingan Julian Nagelsmann itu selepas minggu lalu membelasah Eintracht Frankfurt 6-1.

Kecemerlangan semasa selain prestasi menarik dipamerkan Mane membuatkan Bayern tidak merasai kehilangan penggempur utama, Robert Lewandowski yang kini menyarung jersi Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI