fbpx

Polis Thailand rampas puluhan ribu kit ujian Covid-19 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS mempamerkan kit ujian yang dilabel secara palsu, pelitup muka dan produk-produk lain yang dirampas semasa serbuan di Nakhon Pathom dan Nonthaburi pada Khamis lalu. - Wassayos Ngamkham

BANGKOK – Polis menemui berpuluh-puluh ribu kit ujian Covid-19 yang dilabel secara palsu bersama-sama bekalan perubatan lain di tengah Thailand, dianggarkan bernilai 2 juta baht (RM252,012), lapor laman berita Thaiger semalam.

Polis menyamar sebagai pelanggan untuk membanteras kegiatan pemalsuan itu di sebuah bangunan di wilayah Nakhon Pathom dan sebuah rumah di wilayah Nonthaburi pada Khamis lalu.

Dalam bangunan di Nakhon Pathom, polis menemui berpuluh-puluh ribu kit ujian antigen Covid-19 (ATK) yang dilabel secara palsu menggunakan jenama seperti Testsealabs Gica, Testsealabs Nex dan Zybio. Antara yang ditemui termasuk pelitup muka dan beberapa produk lain.

Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat berkata, seorang wanita mengaku memiliki bangunan dan produk-produk itu. Wanita itu hanya dikenali sebagai Anusara, manakala bangunannya terletak di daerah Bang Len dalam wilayah itu.

Di sebuah rumah di Nonthaburi pula, polis menemui kit ujian Covid-19 yang dilabel secara palsu untuk jenama seperti Testsealab Gia, Testsealabs Nex, Greenspring, Singclean, Seinofy, Hip, Deepblue, Humansis, Bioteke dan Ustar.

Mereka juga menemui sarung tangan perubatan, oksimeter dan produk herba China. Pemiliknya setakat ini hanya dikenali sebagai Patyaphorn.

Menurut polis, Anusara dan Patyaphorn menjual kit ujian Covid-19 di laman Facebook sejak April lalu pada harga lebih murah berbanding harga pasaran jenama-jenama itu. Mereka menjual kit ujian berharga antara 40 baht hingga 45 baht (RM 5 hingga RM 5.70) setiap satu.

Polis percaya bahawa sekurang-kurangnya empat suspek terlibat dalam kes itu.

Ketua Bahagian Polis Perlindungan Pengguna, Neti Wongkulab berkata, langkah seterusnya ialah menangkap seorang warga China yang dikatakan membekalkan produk tiruan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI