fbpx

Pembantu rumah Indonesia didakwa aniaya anak majikan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu rumah Indonesia (kanan) direman selama empat hari bagi membantu siasatan menganiaya dua anak majikannya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar perbuatan kejam seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menganiaya dua anak majikannya dalam kejadian kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, wanita berusia 48 tahun itu didakwa telah merentap tangan kiri anak majikan dengan kuat sehingga terkehel.

Tambah beliau, suspek juga didakwa menyiram air ke muka mangsa yang masing-masing berusia 20 bulan dan tiga tahun.

“Perbuatan suspek didakwa disedari ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu setelah melihat rakaman CCTV yang terdapat di rumah mereka yang terletak di bandar raya ini.

“Mereka kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan wanita asing berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek telah direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, perintah reman itu dibenarkan Majistret Nordiana Abd. Aziz di Mahkamah Majistret di sini pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI