fbpx

Setahun menyepi, Girlkind akhirnya terpaksa bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN GIRLKIND

BIARPUN ketika ini dunia hiburan K-pop sedang dilambakkan dengan kehadiran banyak kumpulan baharu, tetapi industri di sana tetap menyaksikan berlakunya beberapa pembubaran.

Terbaharu, kumpulan Girlkind yang ditubuhkan pada 2018 sah dibubarkan selepas disahkan sendiri agensi mereka, Next Level Entertainment.

Kata agensi tersebut, berita pembubaran kumpulan itu adalah jawapan buat peminat yang tertanya-tanya tentang perkembangan mereka selama ini.

“Kami akhirnya dapat menjawab pertanyaan daripada ramai peminat. Harap peminat faham kami terpaksa mengambil sedikit masa untuk beri kenyataan rasmi.

“Disebabkan isu dalaman, selepas berbincang bersama semua ahli, keputusan akhir menyaksikan Girlkind terpaksa dibubarkan.

“Secara rasminya, aktiviti terakhir mereka akan tamat pada 13 Ogos 2022. Terima kasih atas segala sokongan dan memori yang telah dicipta selama ini,” kata agensi berkenaan.

Kumpulan yang memulakan debut pada Januari 2018 itu dianggotai lima ahli iaitu Ellyn, JK, Sun J, Medic Jin dan bekas pelatih program Produce 101, Xeheun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI