fbpx

RUU berkaitan rokok dibentang sidang Parlimen akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dapat dibentangkan di mesyuarat Parlimen akan datang.

Menurut beliau, RUU itu bertepatan dengan sasaran kerajaan menjadikan Malaysia negara bebas daripada amalan merokok melalui strategi Generasi Penamat (GEG)

“Saya percaya bahawa anda juga berkongsi harapan yang sama dan transformasi sistem kesihatan negara perlu melibatkan pelbagai aspek termasuk menerapkan pendekatan ‘whole of government’ dan ‘whole of society’ iaitu kesihatan adalah tanggungjawab bersama.

“Saya menyeru Keluarga Malaysia agar membudayakan gaya hidup sihat seperti mengaktifkan diri, pupuk minda sihat, makan secara sihat dan tidak merokok serta melakukan saringan kesihatan secara berkala,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Persidangan bertemakan “Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan” itu bertujuan membincang serta merencana masa hadapan sistem kesihatan negara melalui pembangunan Kertas Putih Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan GEG hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007.

Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan sedang merokok termasuk rokok elektronik serta vape tidak akan dihalang dengan RUU Kawalan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI