fbpx

Jabatan Kesihatan Kedah siasat pesakit diberi tarikh janji temu salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna berhubung tindakan jururawat yang didakwa memberi tarikh janji temu salah.

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah kesal dengan kejadian seorang pesakit didakwa telah diberi tarikh janji temu yang salah bagi pengambilan sampel darah untuk ujian makmal baru-baru ini.

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pengguna yang tidak berpuas hati selepas diberi tarikh janji temu salah.

Tarikh didakwa diberi didakwa pada Jumaat, 5 Ogos lalu sedangkan klinik kesihatan dan makmal berkenaan tutup pada cuti hujung minggu di Kedah.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, siasatan awal mendapati tarikh yang diberi untuk tujuan itu adalah pada 5 Ogos lalu iaitu pada Jumaat yang menjadi cuti hujung minggu di Kedah.

Beliau berkata, bagaimanapun sampel darah sudah diambil dua hari selepas kejadian iaitu pada Ahad.

“Jabatan ini juga sudah menghubungi pengadu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Beliau menerima baik permohonan maaf berkenaan.

“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini agar langkah penambahbaikan lebih khusus dapat diambil bagi mengelak ia berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya sudah memulakan siasatan dan memandang serius insiden yang didakwa berlaku menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok pada Jumaat lalu bertajuk ‘jururawat kerajaan menyusahkan pesakit itu’. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI