fbpx

Polis serbu pusat panggilan judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASISTEN Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz (tengah) menunjukkan barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres di Ulu Kinta, Ipoh.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Polis menumpaskan sindiket perjudian atas talian selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai ‘calling center’ atau pusat panggilan di Ulu Kinta di sini semalam.

Serbuan di rumah teres dua tingkat pada pukul 6 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menahan lapan warga tempatan termasuk dua wanita berusia antara 19 hingga 25 tahun.

Katanya, siasatan mendapati premis tersebut merupakan pusat panggilan yang mempromosikan perjudian dalam talian untuk laman web di China.

“Berdasarkan maklumat awal, premis itu didakwa menjalankan kegiatan penipuan melalui tawaran pelaburan namun sebaik sahaja serbuan dijalankan, didapati ia adalah pusat panggilan untuk kegiatan perjudian dalam talian.

“Modus operandi sindiket tersebut adalah mempromosikan kegiatan perjudian menerusi apliksasi WhatsApp dan menyasarkan warga China dan tempatan sebagai pelanggan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, pusat panggilan itu datang dari Lembah Klang dan beroperasi di premis berkenaan sejak lebih sebulan lalu.

Katanya, dalam serbuan itu, lapan buah komputer riba, 22 buah telefon bimbit, tiga buku catatan mengandungi akaun media sosial dan empat keping kad mesin juruwang automatik (ATM) dirampas.

“Pemeriksaan terhadap kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka mempunya rekod kesalahan lampau pelbagai kesalahan.

“Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI