fbpx

Bekas banduan antara paling lama dipenjara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Jamil Ahmad ditemui di rumahnya di Kuala Nerang, hari ini

KUALA NERANG – Bekas banduan yang pernah dipenjara selama 30 tahun, Jamil Ahmad, 71, ditemui meninggal dunia di pekarangan rumahnya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, arwah ditemui oleh rakan serumahnya dalam keadaan terbaring di pekarangan rumahnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Arwah dikatakan sudah tidak sihat sejak seminggu lepas dan ketika kejadian arwah dipercayai ingin ke tandas sebelum terjatuh.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Anggota polis turut memeriksa dan mendapati kematian mangsa tidak membabitkan unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham Jamil dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kecil di sini pada pukul 5 petang tadi.

Terdahulu, Jamil pernah dipenjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari setelah didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata di Baling, Kedah pada 1976.

Allahyarham bagaimanapun dibebaskan dari tirai besi itu pada 3 Oktober 2006 selepas mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kehidupannya selepas itu tertumpu kepada kerja-kerja kemasyarakatan termasuk memberi ceramah motivasi berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk generasi muda di sekolah, pusat pengajian dan pusat pemulihan.

Antara pesanan dan kata-kata nasihat Allahyarham adalah jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kerana itu akan menjadi permulaan titik hitam dalam hati masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI