fbpx

Dua pelajar antara 11 ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Jelapang, Ipoh hari ini. /FOTO IHSAN PDRM

IPOH – Dua pelajar lelaki antara 11 orang yang ditahan polis kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang dekat sini hari ini.

Operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi itu dijalankan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua yang ditahan itu berusia 14 hingga 21 tahun selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 72 motosikal dan 85 individu.

Katanya, hasil pemeriksaan itu turut membawa kepada sitaan sembilan buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Seramai 11 orang ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya selain kesalahan pemalsuan nombor kenderaan di bawah Seksyen 42(1) dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi ini, sebanyak 187 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK mendapati dua lelaki positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI