fbpx

Luahan pembaca: Haramkan pemandu mabuk, positif dadah di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN boleh dielakkan sekiranya pemandu sentiasa berhati-hati dan fokus pada pemanduan. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Saya amat terkilan apabila membaca laporan kemala­ngan membabitkan pemandu mabuk dan dibawah pengaruh dadah kerana kerana pasti ada nyawa insan tidak bersalah terkorban.

Terbaharu kes melibatkan seorang wanita dalam perjalanan untuk mengambil anaknya ke sekolah maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori.

Lebih menyakitkan hati, pemandu itu positif dadah.

Jika anda sebagai keluarga mangsa, pastinya akan membuak-buak kemarahan kerana mangsa meninggal atas kecuai­an dan kelalaian orang lain.

Walaupun kita reda de­ngan ketentuan Ilahi, namun perkara ini tidak boleh dipandang remeh.

Seharusnya pihak berkuasa mengkaji se­mula hukuman ke atas pemandu di bawah pe­ngaruh dadah ini.

Mungkin boleh dikenakan hukuman seperti membunuh dengan sengaja, mengantung lesen seumur hidup atau mengharamkan terus mereka berada di jalan lain.

Cadangan lain, mereka yang ada rekod dadah tidak layak memiliki lesen memandu.

Tidak salah kita cegah dari awal daripada pemandu seperti ini terus ‘menghantui’ pengguna jalan raya yang lain.

Salman Habibi
Alor Gajah, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI