fbpx

EPL: Jurgen Klopp akui Darwin Nunez sudah sedia galas tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ

LIVERPOOL – Pengendali Li­verpool, Jurgen Klopp percaya Darwin Nunez tidak akan terperangkap dalam situasi yang membandingkannya dengan penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland.

Nunez tampil cemerlang dalam aksi Perisai Komuniti dan prestasinya kekal ketika menyumbangkan satu gol serta satu bantuan jaringan semasa seri 2-2 dengan Fulham minggu lalu.

Walaupun Haaland gagal menghasilkan sebarang jari­ngan ketika aksi menentang Bournemouth, kelmarin, plot saingan musim ini pasti menjurus kepada persoalan penye­rang mana yang mampu menjaringkan lebih banyak gol

Bagaimanapun, selepas mengambil kira jumlah wang yang dibelanjakan Liverpool, Klopp tidak dapat mengelak berlakunya perbandingan antara kedua-dua penyerang itu.

Malah, pengurus dari Jerman itu tetap menghormati Haaland yang disifatkan sebagai calon untuk merangkul anugerah kasut emas.

Namun, keutamaannya ketika ini pastinya menjurus kepada menyiapkan Nunez menje­lang aksi debut di Anfield menentang Crystal Palace awal pagi esok.

“Ketika ini saya belum lagi cukup mengenali Darwin. Di penghujung musim nanti, semuanya akan berkisar kepada jumlah jaringan dan mungkin perkara ini mampu memotivasikannya.

“Haaland dan Manchester City sudah terbukti, namun buat masa ini, dia (Nunez) ha­nya perlu menjaringkan gol serta cuba mencipta bantuan jari­ngan. Kami hanya mahu melihat kepada cara permainan sendiri,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI