PERJALANAN konsert jelajah kumpulan LOONA di Chicago minggu lalu tidak begitu lancar apabila timbul situasi tidak terduga.
Salah seorang anggota kumpulan itu, Kim Lip berasa tidak ‘sihat’ ketika pertengahan konsert berlangsung sekali gus terpaksa mengundur diri sehingga persembahan tamat.
Malah dia juga tidak menyertai ahli yang lain pada sesi ‘meet and greet’ bersama peminat.
Biarpun agensi kumpulan itu, Team MyMusicTaste sudah menjelaskan mengenai kesihatan Kim Lip dalam satu kenyataan, peminat pula ada fakta bercanggah.
Dakwa mereka, kejadian tersebut berlaku disebabkan penyanyi itu seakan-akan dibuli peminat ketika di atas pentas.
Ketika giliran Kim Lip untuk bercakap, peminat yang berada di barisan hadapan berterusan menjerit nama seorang lagi anggota, Vivi.
Kim Lip kemudian dikatakan berpaling ke belakang dan menangis sebelum mengundur diri ke belakang pentas.