fbpx

AC Milan mulakan kempen sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REBIC berjaya meledak dua gol ketika membantu Milan mencatat kemenangan 4-2 ke atas Udinese awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Juara Serie A musim lalu, AC Milan memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan selepas berjaya meraih tiga mata penuh ketika menewaskan Udinese 4-2 pada aksi awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Milan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol seawal minit kedua oleh pasukan pelawat, namun Theo Hernandez berjaya menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Ante Rebic kemudian mele­takkan Milan di hadapan sebelum mereka hilang fokus pada penghujung babak pertama membolehkan Udinese meraih gol penyamaan.

Bersambung babak kedua, Milan berjaya meledak gol ketiga menerusi Brahim Diaz selepas seminit permainan dimulakan dan Rebic menutup malam cemerlang The Rossoneri untuk gol keempat.

Bagaimanapun, jurulatih pasukan, Stefano Pioli mengakui masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki biarpun berjaya meraih kemenangan berkenaan.

“Apa yang kami tidak suka adalah bolos pada awal permainan. Kami perlu mulakan permainan dengan lebih baik selepas ini. Kemudian kami berjaya mempamerkan aksi terbaik untuk tempoh 30 minit pada babak kedua.

“Kami berdepan sebuah pasukan yang berbahaya dan memiliki kekuatan dalam permainan fizikal. Kami mendapat banyak perkara positif menerusi aksi pertama ini dan kami juga masih perlu melakukan banyak lagi kerja,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI