LONDON – Sepanjang Sukan Komanwel Birmingham 2022 berlangsung, pihak polis West Midlands mendedahkan, sebanyak 17 atlet yang menyertai temasya tersebut dilaporkan hilang oleh kontinjen masing-masing.
Antara atlet yang dilaporkan hilang ialah Sri Lanka, Pakistan, Cameroon, Ghana dan Botswana dilaporkan hilang semenjak sukan itu bermula pada 28 Julai lalu.
Dua peninju Pakistan yang dikatakan masih hilang dan gagal dikesan sehingga kini ialah Suleman Baloch and Nazeer Ullah Khan.
Lima lagi dari kontinjen Sri Lanka dan seorang lagi dari Ghana. Terdahulu, atlet Botswana dan seorang dari Cameroon dilaporkan hilang, tetapi kedua-dua atlet berkenaan telah ditemui.
Pihak polis dan pegawai imigresen dikatakan telah bekerjasama untuk memastikan kebajikan serta keselamatan atlet yang ditemui terjamin.
“Kami telah menerima sebanyak 17 laporan berkenaan kehilangan individu hilang yang menyertai temasya Sukan Komanwel 2022.
“Antara yang dilaporkan hilang ialah membabitkan 13 atlet dan empat anggota delegasi,” kata jurucakap pihak berkuasa West Midlands. – AGENSI