fbpx

17 rumah rosak dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam memotong pokok kuinin yang menghempap rumah Zamani Nordin di Kampung Bohor Bharu di Bera semalam.

BERA – Kira-kira 17 buah rumah dan beberapa kemudahan awam di Felda Triang 1 di sini rosak akibat dibadai ribut petang semalam.

Kejadian angin kuat disertai hujan lebat selama kira-kira satu jam bermula kira-kira pukul 5.50 petang itu turut menyebabkan pokok tumbang dan menghempap dua buah rumah di Kampung Bohor Bahru di sini.

Seorang penduduk Felda Triang 1, Syahrul Effendi Ghazali, 36 berkata, berikutan hujan lebat itu, atap di bahagian bilik adiknya diterbangkan angin menyebabkan seluruh bilik dimasuki air.

“Semasa kejadian, kami sekeluarga tiada di rumah, kami hanya mengetahui kejadian ini bila dimaklumkan jiran.

“Malam tadi saya balik, segalanya basah termasuk tilam, bantal, katil dan almari, yang boleh digunakan, kami jemur sementara cuaca panas hari ini,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang penduduk Kampung Bohor Bharu, Ashari Mohamad, 59 berkata, sekeping atap rumahnya tercabut menyebabkan bahagian ruang tamunya dipenuhi air menyebabkan barang-barang termasuk perabot dan barangan elektrik rosak.

“Sofa, meja, rak, televisyen dan karpet semuanya basah, air yang masuk dari bumbung mengalir sampai ke dapur.

“Masa saya balik rumah sekitar pukul 7 malam, memang sudah tidak boleh hendak buat apa. Pagi ini, baru saya keluarkan barang-barang untuk dijemur,”katanya.

Sementara itu, Zamani Nordin, 57, memberitahu, isterinya hampir dihempap pokok kuining yang tumbang di bahagian beranda rumahnya dalam kejadian ribut itu.

Katanya, kebiasaan jika berlaku hujan lebat beserta ribut, mereka selalu duduk di bahagian beranda rumah kerana bimbang pokok tua di bahagian belakang rumahnya tumbang.

“Tetapi kali ini betul-betul di luar jangkaan, pokok kuinin pula yang tumbang dan hampir kena isteri saya dan kebetulan pada kejadian itu, saya masuk ke rumah.

“Isteri saya terkejut dengan kejadian itu dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku tetapi alhamdulillah, dia tidak mengalami sebarang kecederaan,”ujarnya.

Ujarnya, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah membantu menebang dan memotong dahan pokok berkenaan selepas hujan reda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI