fbpx

Ustaz pun dengar Suria Cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin terharu apabila didekati seorang individu lengkap berjubah putih dan berkopiah menegur serta mengakui dirinya salah seorang pendengar setia Suria Cinta.

Insiden spontan itu berlaku ketika pemilik nama sebenar Roslinda Abd. Majid dan sekumpulan media selesai menjamu selera di restoran Fullamak Sup Power, Tanjung Bendahara di sini sekitar pukul 9.30 malam tadi.

“Saya terharu apabila ustaz memberitahu dia juga pendengar Suria dan Suria Cinta khasnya sebaik saya menyapa mereka yang terlebih dahulu menegur saya.

“Bagi saya, mewakili Suria FM ini adalah satu penghargaan besar buat kami kerana mendapat sokongan semua lapisan masyarakat sebagai pendengar setia kami,” katanya.

DJ Lin yang juga Pengurus Besar stesen radio tersebut berkata, dia bagaikan tidak percaya pada mulanya sebaik dimaklumkan perkara itu.

Katanya, sokongan seperti itu membuatkan keluarga Suria FM terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam segenap aspek selepas ini.

“Kami akan terus berusaha memastikan info dan lagu yang disajikan kepada pendengar memberikan manfaat.

“Begitu juga dengan program dan apa sahaja aktiviti bersama komuniti dan pendengar yang akan diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, lelaki dalam lingkungan usia 50-an yang dipercayai seorang imam di kawasan berkenaan singgah menikmati hidangan di kedai yang sama bersama beberapa rakannya.

DJ Lin dan Suria FM kini berada di Alor Setar sempena Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell edisi zon utara yang diadakan di pusat beli beli-belah Aman Sentral di sini.

Hampir 5,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 90-an seperti Alim Kris, Rahmad Mega, Safura, Poey Sting dan barisan artis muda termasuk Haqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan dan Dolla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI