fbpx

2,000 pelajar asnaf terima zakat RM260,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (kanan) menyerahkan sumbangan zakat itu kepada penerima di SK Berjaya, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seramai 2,000 murid dan pelajar golongan asnaf di Parlimen Tanjong Karang menerima sumbangan zakat berjumlah RM260,000 hari ini.

Sumbangan oleh Bank Rakyat itu disalurkan kepada penerima melibatkan 24 sekolah rendah dan menengah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pemilihan itu ditentukan pengurusan sekolah yang meliputi kalangan ibu bapa murid dan pelajar kurang berkemampuan.

Katanya, penerima sumbangan itu tidak mengira fahaman parti politik bagi mengurangkan beban menyediakan kelengkapan sekolah dan asrama.

“Kita berharap sumbangan zakat ini bukan saja untuk kegunaan harian malah dimanfaatkan bagi membeli kelengkapan dan peralatan persekolahan anak.

“Pemberian itu membabitkan sebanyak 16 sekolah rendah dan lapan sekolah menengah di parlimen Tanjong Karang,” katanya selepas menyerahkan sumbangan di Sekolah Kebangsaan (SK) Berjaya, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menjelaskan sumbangan organisasi korporat merupakan inisiatif penting kerana ia memberi impak kepada seluruh masyarakat Keluarga Malaysia dan negara ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Seri Gambut, Azizah Ajis berkata, sumbangan berkenaan amat bermakna kepada ibu bapa murid di sekolah tersebut

“Rata-rata ibu bapa terdiri golongan asnaf yang hanya bekerja kampung dan tidak berpendapatan tetap.

“Seramai 100 murid sekolah kami menerima sumbangan itu yang diharap membantu mengurangkan beban ibu bapa membeli kelengkapan persekolahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI