fbpx

Sambut hari lahir ‘tumpang’ majlis orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu klip video menyaksikan seorang lelaki menghadiahkan bunga kepada teman wanitanya dalam majlis orang lain.

PETALING JAYA – Majlis sambutan hari lahir merupakan satu majlis yang ditunggu-tunggu dan kebiasaannya mempunyai kejutan yang tersendiri.

Namun apa yang berlaku kali ini agak berlainan apabila majlis sambutan hari lahir yang dirancang telah ‘ditumpang’ dengan sengaja oleh rakan sendiri.

Satu perkongsian di Twitter yang dikenali menerusi akaun @merbab3s, dia terkilan apabila satu majlis hari lahir kenalannya bertukar apabila ada rakannya yang lain menumpang majlis tersebut.

Jelasnya, dia turut mendakwa terkejut dengan keadaan tersebut kerana dia adalah salah seorang yang menganjurkan ‘parti,’ hari lahir rakannya itu.

“Saya yang bertudung coklat berada di sebelah kiri, ketika nyanyian hari jadi kawan saya ingatkan nyanyi untuknya tetapi lagu tersebut dinyanyi kepada orang lain.

“Mereka nyanyikan pada gadis yang bertudung kelabu disamping kejutan bunga dari teman lelakinya.

“Lagi satu, majlis itu juga telah disiap dan dianjurkan oleh teman lelaki kawan saya yang sepatutnya meraikannya,” jelasnya.

Video tersebut turut mendapat cacian orang ramai dan menyifatkan ‘penumpang’ majlis orang itu tida maruah dan tidak tahu malu.

“Kenapa, awak sengkek sangat ke adik, teman lelaki tak boleh buat kejutan ke?

“Kalau tak ada duit sangat sambut sahaja tepi sungai, jangan tumpang majlis orang macam ni, malu lah sikit,” jelas Ryan Erdina.

“Kalau aku jadi orang dekat situ aku lari sahaja, malu kalau duduk sekali dengan orang ‘kehendak’ majlis orang ni,” jelas Aidawati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI