PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri menjelang malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat adalah Perak, Kelantan, Sarawak serta Sabah.
Amaran tersebut dikeluarkan sehingga pukul 9.00 malam nanti.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, ” jelas MetMalaysia.