fbpx

Lelaki Myanmar lemas ketika cuba lepaskan pukat tersangkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Myanmar mati lemas ketika cuba melepaskan pukat yang tersangkut di kolam terbiar dekat Taman Saujana Impian, Sungai Petani pagi ini.

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki Myanmar terjun ke dalam kolam terbiar bagi melepaskan pukat yang tersangkut berakhir dengan dia ditemui mati lemas dalam kejadian berdekatan Taman Saujana Impian di Semeling, Merbok dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Zahir Ahmad Musta Ahamed, 49, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) maut di lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan lemas sebelum adiknya, Izar Zulhaq, 43, dan rakan berjaya menaikkan mangsa ke tebing sungai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 10.03 pagi daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi bersama sepasukan anggota bomba dari Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati mangsa telah dinaikkan ke tebing oleh adik dan rakan-rakannya dengan bantuan orang awam.

“Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI