PELAKON Fasha Sandha seolah-olah tidak dimamah usia langsung! Menerusi sebuah video hitam putih yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fasha kelihatan sangat jelita, malah terlihat seperti iras anak daranya pula. Cantik betul.
Video yang mempromosikan produk penjagaan rambut tersebut menarik perhatian peminat apabila menuai banyak pujian.
Apa yang seronoknya, ada netizen memberitahu ingin memberikan anaknya dengan nama ‘Fasha’ gara-gara terlalu meminati pelakon itu.
“Kalau saya ada anak perempuan nanti, saya namakan dia Fasha. Minat sangat dengan Fasha Sandha,” kata netizen tersebut.
Selain itu, ada juga yang menyifatkan wajahnya persis seperti bintang terkenal antarabangsa, Jennifer Lopez!
Wah! Bukan biasa-biasa tau pujian yang dilemparkan netizen terhadap Fasha. Samakan wajahnya dengan bidadari pun ada. Pernah tengok ke rupa bidadari tu bagaimana?
DIVA: Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Tetapi semangat kibarkan Jalur Gemilang nampaknya semakin pupus.