fbpx

EPL: Pemain baharu tambah variasi Tottenham Hotspur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (kiri) mengakui pembelian pemain baharu mula memberikan impak buat Spurs. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte merasakan karakter pemain bakal menjadi kunci kejayaan untuk menghadapi ujian getir bertemu Chelsea pada aksi kedua Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam ini.

Conte nyata puas untuk melihat keseimbangan pasukan dan dapat merasakan barisan kali ini adalah skuad lebih baik berban­ding apa yang pernah dihadirkan musim lalu.

“Saya gembira dengan skuad sekarang kerana kalau diban­dingkan dengan musim lalu, kami sudah ada peningkatan. Dengan adanya Yves Bissouma dan Harry Winks, bahagian tengah pasukan makin bertambah baik.

“Kami melakukan pembe­lian mengikut keperluan iaitu mencari pemain yang memiliki karakter bagi bantu meningkatkan kualiti pasukan. Pemain ini sudah bersedia untuk mengha­dirkan impak,” katanya.

Bagaimanapun, Tottenham Hotspur kali ini bakal turun tanpa pertahanan baharunya, Cle­ment Lenglet dan pemain te­ngah, Oliver Skipp kerana masalah kece­deraan.

Spurs pantas memberi amaran buat pencabar lain selepas menoktahkan kemenangan besar 4-1 ke atas Southampton ming­gu lalu.

Walaupun sudah berjaya mendapatkan enam pemain baharu, pengurus dari Itali itu bertegas yang pembelian itu tidak dilakukan secara melulu sebaliknya untuk menampung posisi penting.

“Kami sudah melakukan penambahbaikkan dengan cara ini, tetapi saya tahu ia tidak akan berlaku dengan cepat. Kami perlu melakukannya dengan cara yang lebih baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI