fbpx

Abaikan haters, fokus beri manfaat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri; Steve Jobs, P. Ramlee, Pele dan Tunku Abdul Rahman, legenda dalam bidang masing-masing, namun tetap tidak dapat lari daripada kritikan.

KENAL petinju legenda, Muhammad Ali? Petinju pertama yang memenangi kejuaraan heavyweight dunia sebanyak tiga kali. Hebatkan? Tapi ada orang tak suka.

Kenal pemain bola sepak legenda, Pele? Dia bersama pasukan Brazil menang Piala Dunia sebanyak tiga kali. Namun ada orang kutuk dan tak suka.

Kenal pelumba F1 legenda, Michael Schumacher? 16 tahun berlumba, tujuh kejuaraan dimenangi bersama Benetton dan Ferrari. Tapi masih ada orang tak kenal dia.

Kenal inovator legenda ini, Steve Jobs? Pengasas Apple dan menghasilkan iPhone yang digunakan ramai sehingga kini. Namun ada juga yang membencinya.

Kenal usahawan legenda, Henry Ford? Pengasas Ford Motor Company yang menjadi katalis dalam revolusi perindustrian. Tapi masih ada orang tak senang dengan kejayaannya.

Kenal Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj? Bukan semua suka cara beliau.

Kenal seniman legenda negara, P. Ramlee? Ada yang tak suka beliau pada era kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas.

Jadi buat anda, usahawan. Bila mahu mulakan bisnes, atau pada tahap mahu kembangkan bisnes, apatah lagi apabila berjaya nak luaskan bisnes… Pasti ada orang sokong tetapi ramai juga akan memperlekehkan usaha anda!

Saya mula bisnes pada 1998. Fasa kegagalan demi kegagalan, yang mana tiga tahun pertama amat perit, malah memalukan.

Tak ramai orang sokong bila kita buat sesuatu yang berbeza. Waktu itu, sesiapa yang berniaga dipandang hina. Makan gaji terutamanya di sektor awam, dipandang macam raja.

Kemudian saya mula dibimbing dalam syarikat pemasaran pada 2001 hingga berjaya bina agensi pemasaran sendiri.

Alhamdulillah, bisnes saya meningkat naik dari tidak ada staf hingga mempunyai 300 orang dalam pasukan dan kemudian menguruskan projek pemasaran dengan 1,500 orang team jualan.

Ia bukan proses sehari.

Akan ada orang suka. Namun masih ramai orang tidak suka.

WTF – Wa Tak Faham…

Ya, saya tidak faham. Dan pasti anda yang berniaga pun kadang-kadang tidak akan faham.

Anda tidak usik orang lain. Anda tidak kacau sesiapa pun.

Orang yang tidak suka itu anda tidak kenal dan mereka pun tidak kenal anda, tetapi mereka tiba-tiba tidak suka anda.

WTF.

Tetapi teruskanlah fokus.

Fokus siapa yang perlukan produk atau perkhidmatan anda.

Abaikan mereka yang tidak perlukan anda atau produk anda.

Keperluan manusia berlainan. Tak ramai orang mampu beli Ferrari, tetapi tempahan melimpah sehingga akan ambil masa beberapa bulan sehingga lebih setahun untuk dapatkan kereta ini.

Begitu juga bagi jam Rolex, yang tidak kekurangan pelanggan padahal mahal yang amat.

Ingat, jenama-jenama ini fokus siapa pelanggan dan individu yang perlukan produk mereka.

Jika mahu layan semua orang yang tidak layak atau tidak perlukan kita, akhirnya kita sendiri akan sibuk buang masa sedangkan ramai pelanggan lain perlukan kita.

Fokus. Berikan yang terbaik kepada pelanggan anda!

Jelas siapa pelanggan utama anda kerana di sinilah antara kunci untuk membina bisnes berjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI