fbpx

Biro Politik UMNO bincang hala tuju parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hala tuju UMNO selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berakhir baru-baru ini akan dibincangkan dalam Biro Politik UMNO Malaysia sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak sesuai untuk beliau bercakap atau memutuskan perkara itu tanpa persetujuan bersama kerana ia merupakan soal yang penting.

“Semua pimpinan parti boleh memberikan pandangan dalam mesyuarat itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan berkata, keputusan PRN Sabah pada 26 September lalu menunjukkan strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai tidak menguntungkan parti itu, malah memencilkan peranannya di Sabah.

Menurut beliau, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara kerana episod itu telah berakhir.

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera agar dapat menyediakan diri,” kata Mohamad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI