fbpx

Pusat tahfiz ‘diserang’ tutup sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LIPIS – Sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, di sini yang terlibat dalam kejadian pergaduhan oleh beberapa individu bertindak menyerang penghuni di sana kelmarin ditutup buat sementara waktu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! ke lokasi kejadian mendapati suasana pusat tahfiz yang mula beroperasi pada 2016 itu sunyi sepi tanpa penghuni.

Menurut sumber, kesemua kira-kira 25 pelajar diminta pulang ke rumah masing-masing dan dijadual kembali semula menyambung pengajian mereka September nanti setelah keadaan kembali tenang.

Semalam, tular dua video memaparkan lima suspek bersama seorang pelajar telah pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya telah menyerang seorang penjaga pusat tahfiz dan seorang pelajar hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

Ia dipercayai berpunca akibat rasa tidak berpuas hati suspek terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

Susulan itu, dua daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit serta memukul pengajar dan pelajar pusat tahfiz berkenaan berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Damak di Jerantut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI