fbpx

Suami ‘buang’ isteri diserang strok dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto Ikah yang tular di Facebook selepas ditinggalkan suaminya di dalam hutan. - Facebook

JAKARTA – Seorang suami di Indonesia tergamak meninggalkan isterinya seorang diri di hutan selepas wanita itu diserang strok  kerana enggan lagi menjaganya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian  di Cikampek, Jawa Barat itu menjadi perbahasan netizen selepas dimuat naik oleh pengguna bernama Andree.

“Siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanyam  sudah tiga hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suami sendiri,” tulis status berkenaan.

Hasil maklumat penduduk tempatan, wanita yang ditemui di dalam hutan itu bernama Ikah dan berusia 50 tahun.

Dia merupakan warga Desa Lewo Wetan di Kabupaten Garut, Jawa Barat.

Ketua Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian mengesahkan Ikah pernah menjadi penduduk kampung itu namun telah berpindah ke Cianjur bersama suaminya.

Manakala punca Ikah ditinggalkan di dalam hutan adalah kerana suaminya sudah tidak mahu lagi menjaga wanita itu.

Nova berkata,  selepas ditemui, Ikah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk diperiksa keadaan kesihatannya.

Keluarga Ikah sudah diberitahu mengenai perkara tersebut dan telah menjemputnya pulang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI