fbpx

Tak sedap hati petanda ibu maut diseret treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah yang dipenuhi saudara-mara dan jiran kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah.

TAPAH – Naluri seorang anak yang berasa tidak sedap hati selepas ibunya lambat mengambilnya untuk dihantar ke sekolah rupa-rupanya membawa khabar duka apabila wanita itu maut dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi di atas jambatan Sungai Batang Padang, mangsa, Shahriza Ishak, 39, meninggal dunia akibat parah di kepala selepas diseret treler sejauh 10 meter.

Menurut suami mangsa, Abd. Aziz Ahmad, 52, kebimbangan itu disuarakan anaknya, Nur Shazwani, 17, ketika menghubunginya sewaktu bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Sains Tapah.

Allahyarham Shahriza (belakang, kanan).

Katanya, dia cuba menenteramkan anak kedua daripada empat beradik itu dengan mengatakan isterinya mungkin mempunyai urusan lain menyebabkan dia lambat sampai ke rumah.

“Tidak lama kemudian, Nur Shazwani menghubungi saya semula dan memaklumkan isteri terlibat kemalangan.

“Ketika itu, kami masih lagi tidak tahu keadaan sebenar isteri. Saya segera pulang ke rumah untuk mengambil anak sebelum ke lokasi nahas.

Berita berkaitan: Wanita maut diseret treler

“Ketika sampai, saya lihat jasad isteri terbaring dengan keadaan ditutup plastik di atas jalan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini.

Menurut lelaki itu, lemah lututnya tatkala melihat keadaan isteri yang parah dengan kepala wanita itu berkecai.

“Rasa sebak tidak boleh digambarkan dan anak turut menangis melihat mayat ibunya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI