SEJAK mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, setiap perkara yang dilakukan Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea pasti akan menyorot perhatian ramai.
Lemah lembut dan melayan pasangan dengan baik merupakan antara pujian yang diberikan terhadap Haqiem dan Anis.
Semua sifat budiman Haqiem terserlah menerusi sebuah video tular memaparkan penyayi Mimpi itu menyahut cabaran menyolek wajah isterinya.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah cara komunikasi pasangan muda itu bila bersama.
Tidak kurang juga ada yang menjadikan pasangan tersebut sebagai contoh sekiranya sudah mendirikan rumah tangga kelak.
“Alahai masing-masing bahasakan diri dengan nama, lemah lembut saja pasangan ini,” komen netizen.
“Tersenyum seorang diri melihat gelagat pasangan ini, comelnya,” puji seorang peminat.
Selain video solekan, turut tular rakaman Haqiem menyanyikan lagu Sampai Menutup Mata nyanyian Acha Septriasa buat isteri tercinta, Anis Sofea.