JIKA ada yang tidak tahu, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta merupakan bekas model satu ketika dahulu.
Terbaharu, dia hadir menyerikan pentas acara Kedah Fashion Week baru-baru ini apabila turut mengambil posisi catwalk dan memperagakan busana milik seorang pereka fesyen tempatan.
Ketinggian dan lagaknya persis model profesional sehinggakan ada yang menggelarkan Che Ta sebagai Kylie Jenner Kedah.
Rata-rata memuji busana gaun moden berwarna putih lengkap bertopi yang digayakan pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu.
“Cantiknya Che Ta, penampilan sebegini sesuai sangat,” puji seorang netizen.
“Ingatkan Nasha Aziz, rupa-rupanya Che Ta. Lawa sungguh,” komen seorang pengguna TikTok.