fbpx

Dua lelaki lakukan khianat didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas pertuduhan melakukan khianat menyimbah cat ke atas sebuah rumah, 18 September lalu.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Dua lelaki suruhan peminjam wang tanpa lesen atau ah long dijatuhi hukuman denda masing-masing RM2,500 dan RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kluang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat bulan lalu.

Majistret Arun Novadass membuat keputusan denda terhadap tertuduh, Pang Hong Wei, 26, sebanyak RM2,500, manakala Kau Yeong Khen, 25, sejumlah RM3,500 selepas mereka mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kerja mengambil upah bagi melakukan khianat dengan melakukan ugutan serta simbah cat ke atas sebuah rumah di Taman Pelangi di sini pada 18 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurzahida Mohammad Ruzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI