fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 10 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Putrajaya dan beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Selangor serta Sarawak.

“Di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Negeri Sembilan hanya di kawasan Port Dickson.

“Antara kawasan yang terjejas di Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala di Sarawak di Samarahan dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga,” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI