TEHRAN – Kerajaan Iran membuat pesanan import antarabangsa pertamanya dengan menggunakan mata wang kripto bernilai AS$10 juta (RM44.4 juta), lapor agensi berita Tasnim baru-baru ini.
Teheran bagaimanapun tidak menyatakan mata wang kripto mana yang digunakan dalam urus niaga tersebut.
“Menjelang akhir September ini, penggunaan mata wang kripto dan kontrak pintar akan digunakan secara meluas dalam perdagangan asing dengan negara-negara sasaran,” kata Timbalan Menteri Perindustrian, Lombong dan Perdagangan Iran, Alireza Peyman-Pak menerusi satu kenyataan di laman Twitter.
Langkah itu dilaporkan akan membolehkan Teheran memintas sekatan Amerika Syarikat (AS) yang melumpuhkan ekonomi negara teluk itu.
Iran bergelut dengan sekatan ekonomi sejak sedekad lalu termasuk sekatan ke atas sektor minyak, perbankan dan perkapalan negara itu.
Pada 2019, kerajaan meminda undang-undang aset digital untuk membenarkan mata wang kripto yang untuk pembayaran import.
Iran mendapat kebanyakan barangan asingnya dari China, Emiriyah Arab Bersatu, India dan Turki. – Agensi