fbpx

ESSCOM beri amaran hentikan penyeludupan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESSCOM beri amaran kepada tekong bot henti penyeludupan petrol ke negara jiran. - Foto IHSAN ESSCOM

Oleh IVAN AMIRUL

LAHAD DATU – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memberi amaran tegas kepada tekong penyeludupan barangan bersubsidi terutama petrol agar menghentikan sebarang kegiatan haram mereka.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pihaknya bimbang minyak yang diseludup itu akan digunakan penjenayah rentas sempadan terutama kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR).

“Kita tidak akan berdiam diri dan terus memburu serta mengesan penyeludup minyak yang cuba membawa keluar bahan mentah itu dari negara ini melalui laluan tikus.

“Nasihat saya kepada tekong-tekong penyeludup minyak ini supaya hentikan aktiviti penyeludupan. ESSCOM akan terus memburu mereka yang melakukan kegiatan haram ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amaran ini dikeluarkan susulan penahanan sebuah bot laju disyaki cubaan menyeludup 23 tong berisi petrol ke negara jiran di kawasan perairan Sisipan, Semporna, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, ESSCOM dengan kerjasama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin Semporna mengesan serta menahan sebuah bot laju yang disyaki cuba menyeludup minyak petrol dari arah negara jiran menuju ke Pulau Sisipan.

“Hasil siasatan mendapati, bot terbabit cuba untuk menyeludup 23 tong minyak ke negara jiran melalui laluan yang tidak diwartakan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM16,845.

“Semua rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, ESSCOM melalui Ops Cegah Pati (OCP) timur akan mempertingkat dan memperketatkan lagi kawalan dan rondaan laut serta udara terutamanya di semua kawasan laluan hotspot dengan kerjasama semua agensi penguat kuasa.

“Ia terutamanya daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI