fbpx

Gerakan Muda sasar separuh kerusi ditandingi Gerakan Tanah Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Nurul Ashikin ketika bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Gerakan Muda dan Gerakan Tanah Air (GTA) menyasarkan separuh daripada 120 kerusi yang disasarkan GTA akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Wakilnya yang juga Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, bagaimanapun, ia hanyalah sasaran kerana Gerakan Muda masih belum diperakui di peringkat Majlis Presiden GTA.

“Gerakan Muda akan menjadi satu alternatif kepada semua orang Melayu Islam terutama golongan muda.

“Jika mengikut hasrat kami, separuh atau lebih untuk bertanding namun ia bergantung kepada hasil musyawarah di peringkat Gerakan Muda dan Majlis Presiden,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabat Pejuang di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pejuangnita Muda Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berkata, Gerakan Muda yakin mampu menarik sokongan pengundi wanita muda dengan kekuatan empat sayap wanita muda yang berbeza dengan gabungan parti politik lain dalam negara ketika ini.

Katanya, pihaknya mempunyai empat pemimpin utama wanita muda kerana mereka ada empat sayap wanita yang digabungkan dalam Gerakan Muda GTA dan di bawah setiap sayap terdapat sangat ramai pemimpin wanita muda.

“Ini adalah unik kerana di Malaysia, senario politik dari dulu sehingga sekarang adalah ketandusan pemimpin wanita muda.

“Kami berharap melalui landasan Gerakan Muda GTA ini kita berjaya memenuhi lompong pemimpin wanita muda dalam senario politik negara,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI