fbpx

Bot karam: Saksi rakan tenggelam depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kamaruddin (dua dari kiri) sebak ketika menceritakan mengenai kejadian bot karam yang mengorbankan tiga rakannya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan semalam.

PASIR PUTEH – Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang, Terengganu pada Isnin lalu terpaksa berpaut pada penutup tong ikan dan pelampung bubu selama 14 jam di te­ngah laut sebelum diselamatkan.

Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, berkata, sebelum keja­dian itu, bot yang dinaiki bersama lima rakan dipukul ombak setinggi lebih dua meter menyebabkan ia berpusing.

Ceritanya, dalam kea­daan cemas, dia berpaut pada dua objek tersebut, manakala rakan-rakannya memegang badan bot sebelum diselamatkan oleh bot pelancong.

Berita berkaitan: Tiga mayat nelayan hilang ditemui

“Kami bertolak dari jeti perikanan Cherang Ruku pukul 10 malam, Ahad lalu untuk memancing dan pasang bubu.

“Ini merupakan kejadian pertama sejak lebih 20 tahun saya turun ke laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nelayan, Tok Bali semalam.

Anggota pasukan penyelamat berjaya mengapungkan bot nelayan yang karam di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus semalam.

Muhammad Kamaruddin masih terbayang keadaan rakannya, Ahmad Zamri Ishak, 66, yang memegang betisnya sebelum berpaut pada badan bot.

“Itulah detik terakhir saya melihat Ahmad Zamri sebelum dia hilang,” katanya.

Muhammad Kamaruddin merupakan satu-satunya mang­sa terselamat setakat ini, manakala tiga yang lain iaitu Mohd. Nazri Abu Bakar, 48; Zulkifli Umar, 48, dan Saludin Ismail, 50, lemas.

Berita berkaitan: Cari dua nelayan hilang dalam rangka bot karam

Ahmad Zamri dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, pula dilaporkan masih hilang.

Tambahnya, dia tidak dapat tidur lena sejak kejadian meragut nyawa tiga rakannya kerana masih terkenangkan nasib mereka termasuk dua yang hilang.

“Perit rasanya untuk kembali ke laut selepas ini, namun saya perlu turun juga kerana ia satu-satunya punca pendapatan. Gurauan tekong untuk pergi jauh menjadi kenyataan, dia meninggalkan saya buat selama-lama­nya,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan lima nelayan dikhuatiri hilang di tengah laut selepas bot yang dinaiki mereka karam berhampiran perairan Pulau Redang, Kuala Nerus, Terengganu pada Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI