fbpx

Lebih 1.1 juta wasiat telah didaftar dengan AmanahRaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (tengah) menyempurnakan pelancaran Kempen Merdeka Wasiat AmanahRaya hari ini.

PETALING JAYA – Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-65, Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menganjurkan Program Kibaran Jalur Gemilang dan Pelancaran Kempen Merdeka Wasiat AmanahRaya.

Pengerusinya, Datuk Ramli Mohd. Nor berkata, AmanahRaya sebagai pemegang amanah dan pentadbir pusaka berperanan memastikan kesejahteraan masyarakat di Malaysia dapat diutamakan khususnya melalui perancangan pewarisan.

“Kesinambungan legasi sesebuah ‘Keluarga Malaysia’ hanya dapat direalisasikan sekiranya masyarakat sedar mengenai kepentingan melaksanakan wasiat dan amanah di peringkat awal.

“Kami melancarkan Kempen Merdeka Wasiat dimana wasiat asas ditawarkan pada harga serendah RM350, manakala RM950 bagi wasiat komprehensif bermula pada 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022,” katanya ketika ucapan perasmian hari ini.

Menurutnya, setakat 31 Julai 2022, lebih 1.1 juta wasiat telah didaftarkan, 19,634 fail pentadbiran pusaka dan 23,418 akaun amanah telah dibuka di AmanahRaya.

“Wasiat AmanahRaya disimpan di tempat yang selamat dengan kelengkapan serba canggih bagi memastikan wasiat tersebut masih berkualiti walaupun setelah bertahun lamanya.

“Fi perkhidmatan pentadbiran pusaka di AmanahRaya sangat berpatutan dan tiada caj tambahan atau caj tersembunyi yang dikenakan. Manakala, fi yang dikenakan oleh pihak ketiga adalah di luar bidang kuasa AmanahRaya,” ujarnya.

Oleh itu, Ramli mengingatkan masyarakat memilih agensi ‘one stop centre’ seperti AmanahRaya kerana struktur fi perkhidmatan disediakan adalah dibawah pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia.

“Program yang diadakan secara fizikal dan atas talian ini turut melibatkan lebih kurang 600 orang pegawai AmanahRaya dari ibu pejabat dan 20 cawangan AmanahRaya seluruh negara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI