fbpx

Hospital Sungai Buloh tarik balik larangan penghantaran makanan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Hospital Sungai Buloh menarik balik larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit di hospital tersebut serta merta.

Pengarahnya, Dr Kuldip Kaur Prem Singh berkata, pihaknya berterima kasih atas segala maklum balas dan pandangan dikemukakan tentang larangan tersebut.

“Pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh akan kekal komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, satu pekeliling bertarikh 9 Ogos 2022 dikeluarkan pengurusan Hospital Sungai Buloh antara lain menyatakan larangan itu dibuat berikutan terdapat laporan dan aduan peningkatan kuantiti sisa makanan serta sampah sarap tidak terurus selain mencetuskan gangguan makhluk perosak sehingga menjejaskan kebersihan dalam wad.

Pekeliling itu yang tular di media sosial difahamkan dikeluarkan berdasarkan keputusan dicapai semasa mesyuarat dengan semua ketua jabatan Hospital Sungai Buloh pada 26 Julai lalu.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan netizen dan juga kumpulan pembela hak pekerja perubatan iaitu Gerakan Hartal Doktor Kontrak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI