fbpx

Anwar timbang tawaran bertanding di Perak pada PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (duduk, tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTAFHA

IPOH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di negeri ini terutamanya di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagaimana ditawarkan PKR Perak.

Beliau berkata, cadangan bertanding di Perak dan Parlimen Tambung tersebut sedang dipertimbangkannya, dengan keputusan berkaitan hal berkenaan belum lagi muktamad.

“Sekarang kita nak tentukan kerusi, nak tentukan jentera dan kawan-kawan di (Parlimen) Port Dickson pun merayu saya kekal di sana, jadi saya kena fikir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah semua 24 Ketua Cabang PKR Perak.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika menjadi Pengerusi PKR Perak sebelum ini memaklumkan bahawa PKR Perak menawarkan Anwar bertanding di kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU-15.

Menurutnya, tawaran itu adalah bagi mengukuhkan parti berkenaan sekali gus menawan negeri ini menerusi kehadiran nama besar seperti Anwar sendiri.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Perak yang baharu.

Jelasnya, pemilihan Lih Kang yang juga Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang PKR Tanjung Malim diterima sebulat suara semua pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI