fbpx

Gadis kudung perlu bantuan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
siti ida nuraini bersama anak syurganya, Nur Azizah yang kudung tangan dan kaki ketika ditemui di Puchong baru-baru ini.

PETALING JAYA – Di sebalik wajah gembira dan ceria seorang ibu, terselit rasa risau yang amat mendalam terhadap anak istimewanya setiap kali mengenangkan siapa yang akan menjaga zuriatnya itu apabila dia tiada kelak.

Kerisauan Siti Ida Nuraini Madiun, 52, itu ada asasnya apabila tulang belakangnya kian rapuh dan doktor memaklumkan pe­nyakitnya itu semakin kronik hingga dia terpaksa berhenti kerja sebagai tukang cuci rumah.

Katanya, dia perlu memberi perhatian kepada anak istimewanya, Nur Azizah Musenan, 13, yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan dan kaki.

“Nur Azizah perlu penjagaan rapi kerana selain kudung, dia juga mengalami cacat pendengaran kedua-dua belah telinganya.

“Ia menyebabkan kami ­seke­luarga sukar untuk berkomunikasi dengannya dan bergantung sepenuhnya dengan ­menggunakan bahasa isyarat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di pusat bandar Puchong dekat sini.

Menurut Siti Ida, anaknya terpaksa belajar menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu kami sekiranya dia ingin makan, minum atau ke tandas.

Tambahnya, Nur Azizah juga perlu memakai lampin pakai buang kerana sukar untuk ke tandas.

“Selain Nur Azizah, saya mempunyai tiga lagi anak iaitu kembar dia, Nur Aisyah, 13, serta dua anak lelaki masing-masing berusia 25 dan 27 yang sudah bekerja,” katanya.

Ujar Siti Ida Nuraini, pada masa sama dia gusar apabila mengenangkan siapa yang akan membela anaknya itu memandangkan usianya semakin meningkat dan penyakitnya bertambah kronik.

“Saya sangat bimbang mengenai keadaannya jika saya ­meninggal dunia kelak, lebih-le­bih lagi anaknya itu cepat sensitif dan suka merajuk jika tidak diberikan perhatian secukupnya,” katanya sedih.

Bagaimanapun, dia reda de­ngan ketentuan tersebut dan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya dan yakin pengorbanannya membesarkan anak syurga akan dibalas dengan ganjaran baik.

“Saya bersyukur mendapat sokongan ramai pihak serta bantuan zakat dalam bentuk lampin pakai buang setiap bulan,” jelas­nya.

Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh ­disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional Siti Ida di akaun bernombor 1013141000074082 atau ­menghubunginya di talian 011-2665 9685.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI