fbpx

Dua temui ajal motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kampung Batu Putih, Pulau Serai, Dungun.

DUNGUN – Dua lelaki termasuk seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai maut selepas motosikal ditunggangi masing-masing bertembung dalam kemalangan di Kampung Batu Putih, Pulau Serai di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, Muhammad Ruzie Rosemawi, 27, meninggal dunia sewaktu dirawat di Hospital Dungun di sini manakala Muhammad Airie Gaazali, 16, pula maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas ditunggangi Muhammad Ruzie dari arah Kampung Peladang tiba-tiba bertembung dengan motosikal Jenis Y15ZR ditunggang Muhammad Airie dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-kedua mangsa tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, berikutan keadaan yang gelap, sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 135LC yang datang dari arah Kampung Batu Putih turut terlanggar salah sebuah motosikal terbabit selepas pertembungan tersebut berlaku.

“Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan hanya cedera ringan,” katanya.

Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI