fbpx

‘Kami rindu suasana sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUMN Nakyeishaa (dua,kiri) dan Dahnea Dabryshaa (dua,kanan) melihat surat tawaran persekolahan yang diserahkan Soon Lip Chee (kiri) dan Zulkafli (kanan) di Bagan Ajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Selepas empat tahun keciciran dalam pelajaran akibat kemiskinan, dua beradik dari Bagan Jermal di sini berpeluang kembali ke sekolah semula pada bulan ini.

Yumn Nakyeishaa,16, dan Dahnea Dabryshaa Amir Hamzah,14 teruja kerana akhirnya dapat menyambung pelajaran yang tertangguh sejak tahun 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Kastam.

Yum Nakyeishaa berkata, dia dan adiknya tetap mengulangkaji pelajaran menerusi aplikasi YouTube dan Google biarpun silibus berbeza.

“Kami belajar dan melakukan latihan supaya tidak ketinggalan, namun agak susah juga kerana tiada siapa yang boleh tolong periksa sama ada jawapannya betul atau tidak.

“Saya tertekan apabila kerap memikirkan masa depan sekiranya tidak berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan kerana saya bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan hartanah,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Melur, di sini hari ini.

Adiknya, Dahnea Dabryshaa berkata, dia memberitahu rakan-rakannya yang mereka berdua bersekolah di rumah atau ‘home schooling’ untuk mengelak daripada diejek.

“Memang rasa cemburu bila tengok mereka bersekolah dan mendapat bimbingan guru-guru manakala kami duduk di rumah saja.

“Tetapi, kini saya bersemangat apabila berpeluang untuk bersekolah semula dan mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pramugari,” katanya.

Kedua-duanya kehilangan ayah tahun lalu akibat Covid-19 manakala ibu mereka, Rosliza,54 pula menghidap penyakit diabetes menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Zulkafli Kamaruddin hadir menyerahkan surat tawaran kemasukan semula sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI