fbpx

Kembali tak bertudung, jangan dinormalisasikan – Ummi Nazeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMMI NAZEERA

PETALING JAYA – Pelakon Ummi Nazeera memberi peringatan agar budaya kembali tidak bertudung tidak sepatutnya menjadi kelaziman, khususnya golongan selebriti yang sudah memilih menyempurnakan tuntutan wajib sebagai wanita Islam tersebut.

Bagaimanapun, Ummi atau nama sebenarnya, mengharapkan doa yang baik-baik buat semua orang termasuk dirinya agar kekal istiqamah dengan imej bertudung.

“Ramai dah buka tudung, maknanya yang lain pun boleh buka tudung. It’s not normal and it’s not right (itu tak normal dan tak betul). Jadi, saya minta orang di sekeliling yang sayangkan saya, tolonglah doakan saya supaya tak buka tudung.

“Saya risau, itulah saya punya pengakhiran. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Sekarang ini saya pakai tudung, saya tak tahu pengakhiran saya pakai tudung atau tidak.

“Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung, nanti pengakhiran mereka pakai tudung. Kita tak tahu, amin, insya-Allah.

“Cuma, saya doakan supaya mereka jumpa baliklah jalan itu,” ujar isteri kepada pengamal perubatan, Dr. Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani dalam satu temu bual stesen radio yang dimuat naik dalam TikTok.

Kata pelakon drama rantaian, Risik Pada Hati itu lagi, kalau belum bersedia, ambillah waktu secukupnya sebelum membuat keputusan untuk bertudung.

“Apa yang saya nak cakap, ini bukan sesuatu yang patut dinormalisasikan (buka tudung). Kalau anda belum bersedia, maknanya anda belum bersedia.

“Saya tak cakap, kalau tak bersedia jangan pakai. Bukan begitu. If you’re not ready (jika anda belum bersedia), maknanya you’re not ready (anda belum bersedia). Cuma, kalau dah pakai tu jangan jadikan sesuatu yang normal nak buka (pula).

“Ramai macam itu sekarang. Dah jadi macam satu penyakit. Iman turun naik itu normal. Tapi, Allah sangat menyayangi mereka yang masih ingatkan Dia. Bila kita lupa, kita pusing balik. Kelebihan kita sebagai manusia sebab kita ada nafsu, itu tanda Allah sayang kita,” ujar Ummi, 32.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi Elyana kini tidak lagi bertudung selepas pulih daripada penyakit kanser. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI