fbpx

Wanita berang surau ceramah, zikir guna pembesar suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mempunyai kediaman yang berhampiran dengan surau dan masjid adalah impian sesetengah masyarakat untuk memudahkan mereka mengetahui waktu solat dan hadir ke rumah ibadah itu.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita merasa tertekan tatkala rumah ibadah tersebut menggunakan pembesar suara setiap waktu dengan sangat kuat sehingga menganggu ketenteramannya.

“Salam kak. Saya nak tanya apa akak rasa, duduk di taman perumahan dan surau taman ini dari azan, zikir, ceramah dan segala-galanya pakai pembesar besar. Azan boleh diterima, ini dari azan maghrib, solat maghrib, zikir, ceramah, azan isyak, selepas itu solat isyak.

“Semuanya pakai pembesar suara, Dalam rumah saya ini dah jadi orang pekak kadang-kadang sebab terlalu kuat dan lama. Apa akak rasa,”katanya kepada satu pengguna Twitter tanpa mendedahkan namanya.

Tambah wanita yang tidak mahu dirinya dikenali itu, dia sudah pening dengan karenah Ahli Jawatankuasa (AJK) surau yang tidak ‘makan’ teguran yang dibuat para pendudukan di sekitar perumahan itu.

“Tapi orang surau ini terus buat ceramah kuat-kuat cakap mengenai hati kotor dan masukkan pasal perlu lelaki solat disurau atau masjid, tak perlu solat atau mengaji di rumah.

“Ada juga siap tangkap layar laman rasmi mufti hantar kepada kumpulan AJK surau itu. Macam biasa orang surau ini akan ‘pusing’ masa ceramah cakap pasal dakwah nabi dahulu juga begitu,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak AJK surau mengendahkan laporan orang ramai.

“Azan boleh guna pembesar suara. Bacaan al-Quran, ceramah, zikir semua tak perlu guna pembesar suara. Kalau nak guna pembesar suara, cukup guna dalam surau sahaja” komen Ikarbertweet.

“Kawasan perumahan saya juga begitu, seminggu sampai dua tiga kali lepas maghrib. Azan dengan ceramah boleh diterima lagi, ikut perasaan nak tegur, tapi takut orang masam muka dengfan kita,” ujar Fana Rahim.

Terdahulu, media melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, arahan melarang penggunaan pembesar suara luar sudah dikeluarkan, bermula 23 Oktober 2017 kepada semua masjid dan surau di negeri itu.

Katanya, perkara ini selaras titah Sultan Selangor berkaitan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI